Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Apa sudah jadi dengan Malaysia sejak kebelakangan ini?

Kita sebenarnya hidup dalam ketakutan. Rata rata rakyat Msia melindungi rumah mereka dgn kunci mangga, rantai dan sistem keselamatan. Setengahnya, menambah lagi dgn jejaring besi dan perangkap pintu dari bumbung rumah dimasuki. Sebilangan kita, mengeluarkan wang yg banyak utk tinggal di “gated” atau kawasan perumahan yg mempunyai pengawal keselamatan.

Setiap kali berjalan keluar rumah, mereka memegang bag dan bag tangan seerat eratnya. Setiap kali berjalan di pasaraya, mereka seringkali menyeluk saku memeriksa
Saamaada dompet masih ada disitu. Sebelum kita keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah, kita melihat sekeliling utk memastikan tiada karakter yg mencurigakan.

Sebelum kita tidur, kita memeriksa semua tingkap dan pintu dan mengaktifkan sistem keselamatan. Apabila kita pergi bercuti, kita bimbang rumah kita. Kita meminta jiran, kenalan dan saudara utk menengok nengok rumah kita semasa ketiadaan kita.

Pihak berkuasa memaklumkan kita bahawa mereka telah melakukan apa yg terdaya tetapi org awam perlulah juga bertanggungjawab memastikan langkah langkah awal keselamatan.

Org awam mendengar nasihat pihak berkuasa dgn memasang lampu depan dan belakang rumah. Mereka juga tidak membawa terlampau banyak wang tunai dan tidak memakai barang kemas.

Tetapi, mereka masih juga dirompak, dicederakan, hilang harta benda dan kadang kala ada juga yg dibunuh.

Dan kita terus hidup dlm ketakutan dimasa negara sedang menuju ke arah status negara maju.

Di Thailand, jarang didengar rakyat menceritakan masaalah ragut dan pecah rumah. Di kemboja, peniaga peniaga bangga menunjukkan barang kemas yg meeka miliki. Di hong kong, jalan dilengkapi dengan kamera litar tertutup, anda akan diberitahu sekiranya anda terjatuh dompet, malah ada yg memulangkan kembali kepada anda.

Di negara negara ini, keselamatan org awam menjadi tanggungjawab sepenuhnya bagi pihak berkuasa.

Kenapa kita masih tinggal ibarat burung di dalam sangkar?

Kenapa kita perlu menyorokkan perhiasan yg kita ada?

Kenapa perlu kita takut samada dompet masih ada lagi dipoket?

Sementara masih byk kecederaan, tragedi and kehilangan harta benda, dan sementara kita membelanjakan byk wang ringgit utk perlindungan, kita masih lagi kehilangan dan tidak dapat hak utk hidup aman walhal disetengah negara lain menikmati hak ini tanpa meminta minta.

Leave a comment

Tag Cloud