Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Jihad Ibrahim Ali

  • Di dalam ceramah dekat Kuala Lumpur, Ibrahim Ali menyatakan menyatakan kesediaan melancarkan perang jihad jika kaum Krisitian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini.
  • Telah saya kemukakan pandangan saya di post saya baru-baru ini bahawa asas isu ini adalah lemah, diambil dari khabar angin blog2 tertentu dan disemarakkan oleh Utusan Malaysia atas dasar politik.
  • Perkara ini sepatutnya dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ianya akan mengugat keharmonian hubungan antara agama di Malaysia. Memetik ucapan Timbalan Perdana Menteri , “keharmonian di Malaysia adalah khazanah yang tidak ternilai”.  Maka saya harapkan buktikan dengan pelaksanaan dari hanya sekadar omong-omong kosong sahaja
  • Menteri dalam Negeri yang sepatutnya bertindak dalam isu ini pula memberikan kenyataan berikut “Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau Muslim di negara ini. Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam” .”Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tapi saya mengataskan ada tahap pemahaman yang berlainan,” katanya
  • Perlu ada konsistensi dalam tindakan kerajaan mengenai perkara sensitif. Kalau kartun Zunar diharamkan atas dasar membahayakan, apa bezanya dengan kenyataan Ibrahim Ali?
  • Saya bimbang dengan kegusaran sahabat2 saya di Sabah yang beragama Kristian bilamana saya membaca status update mereka di facebook.
  • Saya berharap isu ini perlu ditangani tanpa melibatkan unsur politik dan perlulah bersikap terbuka tanpa ada pilih kasih. Sekiranya pihak berkuasa cuba melindungi kuasa politik, percayalah, Malaysia bukan lagi tempat satu tempat yang aman untuk diduduki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: