Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Harga gula akan naik sebanyak 20 sen kepada RM2.30 berkuatkuasa esok. Berikut adalah rumusan saya :

  • Kali terakhir gula dinaikkan pada Julai 2010 sebanyak 25 sen
  • Pada Jan 2010 pula , Harga gula mengalami kenaikan sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak

Alasan kenaikan menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan ketika itu (Jan 2010);

  • Kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia
  • Kerajaan masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.
  • Walaupun harga gula di Malaysia dinaikkan tetapi ia masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara. “Harga baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sekilogram berbanding Thailand (RM2.50), Singapura (RM3.05), Indonesia (RM3.40) dan Filipina (RM3.62),” katanya.
Mari kita lihat kenyataan Kementerian yang sama pada hari ini berbanding tahun 2010 ;
  • Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram kepada RM2 30 berkuat kuasa esok
  • Kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116 6 juta
  • Sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283 4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116 6 juta setahun.
  • Walaupun berlaku kenaikan harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia Singapura Thailand dan Filipina Sebagai contoh katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3 80 sekilogram Singapura RM3 61 Thailand RM2 31 dan Filipina RM4 50.

Ini bermakna perbezaan harga sekarang berbanding 2010 – Malaysia kenaikkan sebanyak +65sen lebih tinggi berbanding Indonesia +40sen, Thailand TURUN 15sen. Filipina naik lebih tinggi +88sen (perlukah kita mengikut Filipina yang sudah tentu negara kita jauh lebih baik dari segi ekonomi).

Persoalan;

  • Memandangkan kita mengimport gula dari Australia dan Brazil, kenapa kenaikkan lebih tinggi berbanding negara2 yang Kementerian sebutkan tadi ? Thailand boleh turunkan harga? kita tidak berupaya?
  • Subsidi sudah diturunkan daripada 1 billion pada 2010 kepada 283.4 Juta sekarang ini. Jimat RM700 juta – kemana pergi duitnya??

Walau apa pun alasan yang kementerian akan berikan, yang pasti beban kerajaan berkurangan, Beban rakyat semakin berat. 

Harga minuman pasti naik. Gula naik 20sen, teh susu kat kedai mamak naik 10sen. Macamla teh susu perlukan 1/2 kilo gula. Harga barang lain yang berkaitan juga akan naik. Gaji? kalau naik pun sudah tentu tidak selaras dengan kadar inflasi.

Akhir kata, apa-apa pun keputusan kerajaan juga adalah keputusan rakyat kerana kerajaan sekarang dipilih oleh rakyat. Kalaulah PRU akan datang kita memilih kerajaan sekarang, tidak perlukah kita mengeluh sekiranya bermacam-macam lagi kenaikan. Sebabnya itulah yang majoriti rakyat mahukan.

“Tepuk dada tanya selera”

Comments on: "Perbandingan Harga Gula" (2)

  1. Benda manis tak selalunya bagus, yg pahit kena telan gak

  2. sungguh dalam kata2mu wahai saudaraku🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: