Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Percutian di Bali

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti di Bali. Percutian saya pada kali ini adalah selama 5 hari 4 malam. Perancangan dibuat oleh isteri saya sendiri yang telah pergi ke Bali beberapa kali. Beberapa bulan sebelum bercuti, tempahan kapal terbang dan hotel dibuat secara online.

Kalau anda ingin menempah hotel, sila masuk ke website Agoda. Ianya lebih murah berbanding kalau kita tempah terus ke hotel2 yang kita ingin menginap. Untuk penerbangan anda boleh memilih samaada Air Asia atau MAS. Air Asia sudah tentu lebih murah tetapi kalau dihitung kos2 yang tidak nampak seperti bagasi dan makanan ianya lebih kurang dengan MAS yang menawarkan perjalanan lebih selesa. Kalau tempah awal, harga MAS tidak jauh bezanya dengan Air Asia.

Hari Pertama

Perjalanan dari KLIA ke Den Pasar (Bali) mengambil masa 3 jam. Sampainya di airport, pemandu kami, Pak Nyoman sudah sedia menunggu. Pak Nyoman adalah nama panggilan bagi anak ketiga bagi masyarakat Bali. Anak pertama Wayan, anak kedua Made ketiga Nyoman dan yang keempat Ketut. Setiap kali ke Bali, isteri saya sudah pasti menalipon Pak Ketut lebih awal dan menempah mereka untuk pengangkutan di sepanjang percutian . Tetapi kali ini, Pak Ketut ada urusan keagamaan, maka saudaranya atau Pak Nyoman menggantikan beliau. Harga yang dikenakan agak jauh lebih murah berbanding kalau kita mendapatkan dari agensi2 di sana. Kalau anda ingin dapatkan maklumat Pak Ketut dan Pak Nyoman ni saya bersedia untuk membantu – Pak ketut : +6281337525308. Yang pasti servis dan layanan serta keadaan kenderaan begitu amat selesa sekali. Mereka  juga begitu ‘humble’ dan banyak membantu sepanjang percutian ini.

Kami sampai di Den Pasar lebih kurang Jam 4 petang. Untuk makluman, waktu di Malaysia dan di Bali adalah sama. Rancangan hari pertama kami ingin melihat ‘Kecak Dance“. Pak Nyoman mencadangkan kami terus pergi ke Uluwatu yang jauhnya sekitar 1 1/2 Jam dari Den Pasar. ‘Boleh sempat untuk melihat Sunset’ cadangnya lagi. Kami bersetuju. Apabila sampai, kami melihat ada ramai orang Jepun dan Australia di beri kain pelikat dan Kain Sarung Batik. Rupanya untuk masuk mestilah menutup aurat, kerana tempat Kecak Dance di Uluwatu ini adalah di Kuil. Kami diberi ‘leaflet’ ketika membayar yuran masuk. leaflet ini menerangkan apa itu Kecak Dance. Secara ringkasnya, Kecak dance ini adalah tarian yang menceritakan tentang kisah dewa2 agama hindu. Di masa yang sama upacara menyembah matahari di lakukan. Di tepi kuil yg terletak di tepi laut ini ada beberapa ekor monyet/Kera yang jinak.Pak Nyoman menasihati supaya kami menyimpan cermin mata dan menjaga barang dari dirampas oleh monyet2 ini. Kelihatan ada berberapa pelancung asing yg tidak tahu telah pun menerima nasib yang Pak Nyoman nasihati tadi.
Setelah menonton kecak dance dan mengambil photo2 kami berangkat pulang. Kami singgah di Jimbaran untuk menikmati makan malam. Banyak restoran2 seafood di tepi pantai. Pemandangannya indah sekali. restoran2 di sini menawarkan persembahan2 kebudayaan percuma ketika menikmati hidangan mereka. Setelah selesai kami pun check-in hotel di Bandar Kuta lebih kurang 1/2 Jam dari Jimbaran. Di Hotel Ramayana Spa & Resort, kami bernasib baik kerana di upgradekan dari garden view ke Pool View tanpa bayaran tambahan.  Suasana bilik amat selesa serta ada balcony di luar.

Hari Kedua

Setelah makan pagi, Pak Nyoman membawa kami ke Tanah Lot, tempat MESTI KUNJUNG kalau anda ke Bali. Saya amat kagum dengan keindahan ciptaan tuhan disini. Suasana tepi laut yg tidak sama di tempat lain. Kami menghabiskan masa mengambil gambar2 pemandangan yang begitu menarik dan bersiar2 disekitar taman di tepi laut ini. Kami berkesempatan menyaksi upacara Korban dilakukan oleh masyarakat Hindu disini. Seekor ayam dikorbankan ke laut kononnya untuk meminta dewa melindungi mereka daripada bala ombak besar dan sebagainya. Sekiranya anda ingin membeli belah, di Tanah Lot ini banyak gerai2 yang menjual pelbagai barangan tempatan.

Kami kemudiannya bertolak ke Bedegul iaitu salah satu kawasan pergunungan. Gunung berapi disini tidak aktif. Dari sini kita boleh melihat Gunung Agung, gunung berapi yang masih aktif, tetapi dilarang untuk berkunjung atas dasar keagamaan.  Takjubnya Bedegul ini, di atas gunung ini terdapat tasik semulajadi yang begitu besar. Amat jarang kita dapati di atas gunung.

Setelah makan tengahari di sini, kami bertolak pulang ke Kuta. Di Kuta, kami berkesempatan membeli-belah sebelum pulang ke Hotel. Sesebelah malam, kami berkunjung ke Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel.

Hari Ketiga

Kami berangkat ke Ubud. Agak jauh juga dari Kuta sekitar 2 jam perjalanan. Di sana, kami ingin menginap di Villa yang sudah sedia kami tempat. Sepanjang perjalanan kami melihat pemandangan yang indah, sawah padi yang terbentang. Sepanjang perjalanan, kami agak rancak bersembang dengan Pak Nyoman yang mencerita pelbagai kisah lagenda di negeri Bali ini. Kami juga berkongsi pengetahuan kami mengenai agama. Pak Nyoman adalah orang melayu yang beragama hindu.

Sampainya kami di resort yang bernama ‘The Payongan Villa and Resort”, terletak di tengah2 kampung yang tidak jauh dari pekan Ubud. Suasana disini begitu tenteram sekali. Villa disini agak limited, terdapat lebih kurang 23 buah Villa sahaja yang didirikan tanpa menganggu flora dan fauna semulajadi. Kami menginap di Villa yang mempunyai private swimming pool. Tempat bilik mandi yang amat luas dengan design bath tab yang menarik. Sampainya disini kami betul2 beristerirehat sambil ditemani bunyi2 ungas dan pemandangan kehijauan.

Keesokan harinya, kami ke bandar Ubud. Ubud adalah bandar seni. Disini anda boleh membeli lukisan yang amat menarik. Anda dinasihatkan menawar lebih dari 70% daripada harga buka. Di waktu tengahari bandar ini penuh dengan pelancung.

Setelah membeli belah, kami kembali ke Villa, berehat dan bermalam dan keesokkan harinya Pak Nyoman datang menjemput kami ke Airport untuk kembali ke tanahair.

Lain-lain Informasi

Bagi orang Islam, jangan risau dengan makanan, kerana terdapat banyaknya makanan halal disini. Nasi Padang terdapat dimana-mana.

Sila bawa kompas kiblat kerana hotel tidak menyediakan arah kiblat.

Sekian.

Comments on: "Percutian di Bali" (22)

  1. Nampak seronok tu Bro. honey moon ke?

  2. lebih kurang la bro… btw..aku nak link blog kau kat blog aku ni boleh?

  3. mama faiz said:

    saya merancang ke bali hujung tahun ini. saya nak tahu penginapan di hotel ramayana dan di payongan villa tu anda tempah sendiri? atau anda menggunakan agen anda? sama pembayaran hotel tu anda guna dolar ka atau rupia. tq

    • Kami tempah sendiri melalui internet. Website Agoda. Dalam website tu kita boleh memilih matawang yg kita kehendaki..saya menggunakan RM.

  4. pak nyoman tu ….diruskan bagaimana…tempah dr awal….atau cari disana…..saya nak gi bali 30 mei – 2 jun 2012 ni….ada nasihat…cadangan

  5. Sila call no +6281337525308 pak ketut.. Biasanya isteri saya menggunakan service pak ketut..kebetulan semasa saya pergi tempoh hari pak ketut ada upacara agama..dia digantikan dgn pak nyoman… Saya sudah hilang no pak nyoman… Tetapi jgn risau kerana service pak ketut tiada kurangnya… Bagitau yg anda dapat info dari blog saya…suami kepada sara dari kuala lumpur.. Cadangan saya…buat persiapan awal…tempah hotel dan tiket kapal terbang awal utk penjimatan.. Utk kemana mana… Pak ketut boleh membantu dari segi nasihat tempat tempat menarik..insyallah..

  6. terima kasih …..saya dah tempah tiket dan hotel….hanya saya nak tahu pergerakan di sana…..masa pergi tu …berapa bayaran sewanya sehari dalam rM dan rupiah …mahu survey…

  7. Boleh sy dapatkan email utk supir tersebut? Ada x cadangan pantai2 yg cantik utk berenang? Rasanya sana ada pulau2 kecil kan? Ada cadangan dan guide bagaimana nak tempah tak?

  8. Dulu supir ada memberi saya business card yg tertera email dan blog tetapi saya terlupa dimana saya simpan card tersebut. Anda boleh sms supir dgn no yg saya beri di atas..selalunya dia akan reply sms anda. Pantai yg cantik dan boleh berenang ada di jimbaran..tetapi kebanyakan private beach…villa dan rumah persendirian…kalau pulau anda boleh pergi ke lombok…lebih kurang 40 min daripada bali…anda boleh dapatkan keterangan lanjut dari supir..

  9. Riza Rina Rahman said:

    Assalamualaikum,

    Dear Tan Cruse,

    Seronok baca pengalaman percutian anda…. ringkas, padat dengan info dan menarik…

    Saya juga ingin merancang percutian bersama suami saya ke Bali.

    Oleh itu, saya ingin mengetahui tentang kos pengangkutan yang dikenakan oleh Pak Nyoman atau Pak Ketut.

    Saya rancang untuk ke Bali dalam akhir bulan April ini atau awal Mei. Kalau sudi, bole bagi pandangan especially on the cost matters.

    Thanks and regards,
    Triple R

  10. Tentang kos pengangkutan…kebiasaan supir berkhidmat seawal selepas breakfast sehingga dinner…untuk penjimatan seeloknya merancang terlebih dahulu tempat tempat menarik yg hendak anda lawati..kemudian berbincang dgn supir yg mana patut didahulu dan dikemudiankan…sebagai contoh…saya sampai di den pasar tempoh hari agak lewat kerana flight delay..sepatutnya saya merancang terus ke kuta untuk penginapan…tetapi selepas berkongsi dgn supir rancangan 5 hari saya..dia mencadangkan terus ke uluwatu dari airport..kerana jimat dari segi jarak perjalanan dan masa..selepas uluwatu baru ke kuta..kos supir sekitar 300-350 ribu atau lebih sedikit sehari.. Kalau di hitung minyak, khidmat nasihat, penceritaan kisah kisah bali ketika dlm perjalanan..,masa setiap perjalanan mengambil masa beberapa jam dan khidmat dari pagi ke petang…boleh dikatakan murah..penjimatan lain adalah dari segi flight…tempah seawal mungkin..hotel booking melalui agoda lebih jimat..walk in selalunya lebih mahal drpda online.. harap info ini boleh membantu anda..

  11. Thx for your info….
    Anyway saya akan ke bali pd akhir bulan ini bersama suami dan anak2…menjadi tanda tanya…..perlukah saya menukar duit us juga krna ada yang kata dibali juga menggunakan us dolar…

  12. Mmg USD diterima tetapi anda dinasihatkan menukar kepada rupiah…kalau USD nanti kat sana kena kerat la jawabnya hehe..

  13. Perhatian saya baru sahaja update no talipon supir.. Harap maklum

  14. mahu tanya..sehari bayarannya kepada supir berapa ya?

    • Bayaran supir sekitar 350 ribu rupiah sehari..termasuk petrol, khidmat nasihat..perkhidmatan dari pagi hingga ke malam…anda boleh telefon atau sms supir seperti number yg saya baru sahaja update…x sure pulak harga terbaru sbb last saya pergi pada awal tahun lepas..

  15. Hi, sy dah tempah tiket flight kr sana pd 29 jan 2013, pergi untuk 6 org, so, mmg blur lah bali ni, tmpat asing bg kami, apa pon belum tempah, cuma yg ada pasport n flight tiket, agoda mmg murah ek?

    • dia guna MPV ..so..dalam 6 org kira ok la..kalau 7 crowded sikit kot..

    • Hi Asyraf…Agoda murah to one thing..tapi yg penting anda boleh menggunakan web ini untuk compare pricing, availability of rooms, facility dan location. Dgn itu dapat mengurangkan “blur” anda 🙂

  16. hye..nak tanya..pak ketut ni guna kenderaan apa ya?dia ada sediakan tak pengangkutan utk grouping(6-7pax)?

  17. salam tan cruise….saya baru sahaja menempah perkhidmatan pak ketut…saya plan pergi pd hujung bln 11….hg supir naik sedikit 400 ribu rupiah….saya ada cakap kt pak ketut yg sy ambil no dr blog ini…btw….blog anda sngt membantu…..terima kasih…

  18. Cerita yang menarik, kalau boleh saran coba bercuti ke pulau belitung, negeri laskar pelangi, pantai yang bening, pasir putih.

Leave a reply to tancruse Cancel reply

Tag Cloud