Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini (7/5/11), muka depan memaparkan isu DAP mahu menjadikan Agama Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia. Akhbar yang dikatakan pro-kerajaan ini melaporkan dua laman blog dedah ikrar paderi seluruh negara;

  • Saya merasakan ini mungkin adalah mainan politik kotor yang cuba melemahkan kekuatan politik DAP. Kalau kita lihat keputusan pilihanraya Sarawak baru2 ini, parti ini mengukuhkan penguasaannya berbanding pilihanraya sebelum itu.
  • Dari segi logik dunia politik, menghentam dan melemahkan pihak/parti yang dirasakan mampu menggugat sesuatu parti sebelum pilihanraya adalah perkara yang lazim berlaku.
  • Apa yang saya risaukan adalah mempolitikkan isu agama akan menjuruskan ketidakstabilan hubungan antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.
  • Mungkin memang benar Jeff Ooi  (Ahli Parlimen Jelutong) menghadiri majlis perjumpaan dan konvensyen paderi2 Kristian Malaysia. Tetapi saya tidak mempercayai perjumpaan tertutup itu menetapkan resolusi untuk menjadikan  Agama Kristian agama rasmi.
  • Walaupun jika apa yang dikatakan itu benar, saya tidak merasakan itu akan menjadi realiti sedangkan kita tahu majoriti penduduk Malaysia menganut Agama Islam.
  • Ia hanya akan berlaku bila berkembang pesatnya Agama Kristian dan kemudiannya menjadi agama majoriti berbanding agama lain.
  • Sebagai orang Islam, saya rasa sepatutnya kita fokus kepada menguatkan pegangan agama umat islam di Malaysia daripada ‘risau’ dengan khabar2 angin ini.
  • Saya agak terkilan melihat pengajaran Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah tidak begitu ditekankan berbanding subjek2 lain seperti Sains dan Matematik. Kalau dijunjung agama Islam agama rasmi kenapa kerajaan tidak menjadikan ia subjek utama? setidak-tidaknya hanya kepada penganut agama Islam?
  • Rata-rata saya melihat kaum muda zaman sekarang agak lemah dari pengetahuan fiqah dan fardhu Ain. Pengetahuan Tauhid apatah lagi. Kalau ini tidak dibetulkan, bagaimana Agama Islam boleh menjadikan ia Agama Contoh bila penganutnya sendiri tidak begitu mengetahui kesucian dan kelebihan agama ini.
  • Saya pernah menetap di Sabah dan saya agak kagum dengan usaha dan kerjasama kalangan pihak gereja, pemimpin dan penganut kristian dalam mempraktikkan dan mengukuhkan percayaan agama mereka.
  • Sebagai pengamal kebebasan beragama di Malaysia, kita tidak sepatutnya mengganggu usaha mereka (penganut Kristian), sebaliknya melihat dulu di cermin, apa yang kita (umat Islam) lakukan untuk Agama kita sendiri.
  • Akhir kata, bersamalah kita jadikan Malaysia suatu tempat yang selamat untuk kita duduki bersama. Insyallah.

Comments on: "Isu DAP berusaha menjadikan Kristian Agama Rasmi" (2)

  1. Mohd Affendi Mustapha said:

    Saya setuju dengan apa yang di utarakan olih En Amm di atas. Bagi Utusan Malaysia untuk menabur rencana/berita tentang isu yang melibat kan sentimen Agama saolah2 untuk melaga laga kan satu Kaum/ Agama dengan Kaum/Agama yang lain adalah tidak patut sama sekali.
    Saya tidak fikir sama sekali Kita dari kaum Melayu yg beragama Islam yang bermajoriti lebih dari 50 persen dari penduduk Malaysia yang di Cintai ini merasa risau dan tergugat dengan pengaruh dan perkembangan Agama lain, kecuali Kaum Melayu ini yang beragama Islam di pengaruhi dan bertukar Agama, which is Mustahil dan tidak menasabah.
    Saya dah lama tidak membaca Utusan Malaysia yang saya anggap menabur berita yang berunsur Fitnah dan cuba memporak perandakan kestabilan Rakyak Malaysia yang berbilang kaum bagi kepentingan Agenda Politik mereka yang kotor.
    Saya adalah pesara Tentera yang pernah berjuang bersama sama rakan tentera yang berlainan Agama untuk keamanan Negara Malaysia yang tercinta ini, and here is Utusan Malaysia trying to undermine persahabatan antara kaum yg ujud sudah sekian lama.

    • Terima kasih atas pandangan En Mohd Affendi. Dan sebab itulah ramai yang beralih ke alam maya atau cyber untuk membaca berita2 semasa kerana rasa meluat dengan akhbar yang menabur seribu macam fitnah. Menyedari hal ini, kerajaan mencadangkan email percuma kepada rakyat dan saya percaya ramai yang mengatahui sebab disebalik cadangan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: