Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Banyaknya cengkadak diorang mintak niii??? itulah kata2 yang pertama terkeluar bila mengetahui proses2 dan dokumen yang diperlukan ketika memohon visa perjalanan ke US. Ini adalah kali pertama saya hendak ke US. Sebelum ini ke Eropah pernahlah, tapi tak la pulak memerlukan Visa. Berikut adalah proses2 dan dokumen2 yang diperlukan untuk mendapat Visa tersebut ;

Memohon Visa Pelawat

Pemohonan perlulah dibuat di kedutaan U.S atau Konsulat di mana pemohon menetap. Walaupun boleh juga dibuat di Kedutaan US di luar negara tetapi ia mungkin lebih sulit untuk mendapat kelulusan ketika berada di luar negara pemohon menetap. Permohonan Visa ketika ini adalah bergantung kepada tahap pemeriksaan yang tinggi berbanding di masa dahulu. Jadi permohonan ‘well advance’ atau sekurang2 sebulan lebih awal dari tarikh lawatan adalah digalakkan.

Salah satu proses yang perlu ditempuhi adalah temuduga di kedutaan. Temuduga perlu untuk pemohon berumur dari 14 sehingga 79, dengan beberapa syarat pengkecualian. Pemohon berumur 13 kebawah, atau 80 keatas, secara umumnya dikecualikan melainkan diminta oleh kedutaan US itu sendiri.  Tempahan untuk hari ditemuduga (‘appointment’) adalah langkah pertama dalam proses membuat Visa.  Masa menunggu bergantung kepada jumlah permohonan diwaktu2 tertentu. Sebagai contoh saya bercadang memilih 6 Mei 2011 tetapi ditolak kerana jumlah pemohonan telah pun penuh. Saya akhirnya mendapat slot tarikh 13 Mei iaitu seminggu lewat dari tarikh yang saya inginkan. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai informasi waktu temuduga sila lawati website US Embassy.

Semasa proses permohonan Visa, biasanya ketika ditemuduga, ‘ink-free’ dan digital fingerprint (mengesan cap jari automatik) akan diambil.

Dokumen yang Diperlukan

Setiap permohonan mestilah menyertakan dokumen berikut; 

  • Online Non-immigrant Visa Electronic Application, Form DS-160.
  • Passport sah untuk berkunjung ke United States mestilah 6 bulan sebelum tarikh luput (mati) melebihi waktu lawatan anda.
  • Photo (1) berukuran 2×2 photograph. Background putih. Tanya kedai gambar biasanya diorang tahu.

Bayaran untuk yuran permohonan?

  • RM450 kalau buat sendiri. Sekiranya anda menggunakan Agent mungkin dikenakan RM600 lebih. – pastikan anda membawa resit bukti pembayaran ketika menghadiri temuduga.

Dokumen2 lain

  • Surat Nikah
  • 3 bulan terakhir slip gaji
  • 3 bulan terakhir penyata akaun bank.
  • resit fixed deposit (kalau ada)
  • Penyata cukai pendapatan (Borang J)
  • Pasport lama
  • Surat pengesahan majikan mengesahkan pekerjaan anda
  • Kena ada original dan fotostat. Fotostat dihantar ketika permohonan dibuat. original perlu dibawa ketika ditemuduga.
Diharap informasi diatas boleh dikongsi bersama.

Comments on: "Memohon Visa Unites States untuk tujuan Melancong" (13)

  1. hi, kena ada tiket tak nak apply visa? kang rugi je dh beli tiket tapi kena reject😦

  2. Tiket tidak diperlukan..dan lebih baik dapatkan visa dahulu sebelum menempah tiket kerana kelulusan dari kedutaan US agak ketat

  3. kalau saya seorang student lagi , pa yang perlu saya bawa?

  4. Sekiranya anda student pastikan anda mempunyai balance akaun yg dpt memberi gambaran bahawa anda ke US utk melancong bukannya untuk mencari kerja disana..dan bawa dokumen yg mengesahkan bahawa anda adalah pelajar..

  5. Salam, kalau buat guna ejen yg temuduga tu wajib ke? Apa yg di tanya

    • Guna ejen tidak wajib. Malah mereka juga membuat temujanji utk temuduga melalui internet yg kita boleh buat dgn sendiri. Yg ditanya ketika temuduga adalah latar belakang seperti berapa ahli keluarga, nama adik beradik..kalau bekerja…akan ditanya lebih detail ttg company tmpt bekerja..juga ditanya sbb utk ke US..dan detail perjalanan ke sana..saya pernah menyaksikan seorg tua berbangsa cina tidak lulus temuduga kerana menyatakan beliau kesana utk melawat anak…tetapi tidak lulus kerana baki akaun yg sedikit..walaupun beliau mengatskan bahawa anaknya mempunyai byk wang..namun alasannya tidak dihiraukan…ada juga yg tidak lulus kerana nama blacklist dlm fbi…mungkin kerana ada persamaan nama dgn terrorist..

  6. Macamana sekiranya pasangan suhaimi/isteri mempunyai rekod blacklist dgn bank( pernah menjadi penjamin kepada kawan yg membuat pinjaman bank, tetapi kewangan isteri sangat kukuh.

    • X jadi masaalah kerana yg penting baki simpanan salah seorg atau kedua2 cukup utk perbelanjaan suami isteri selama anda disana dan membuktikan bahawa anda kesana bukan one way trip utk mencari kerja..tetapi utk melancong..

  7. Bagaimana pula apabila salah seorang ahli keluarga itu tidak fasih berbahasa Inggeris , sedangkan temuduga dijalankan seorang Demi seorang..adakah ini Akan memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain.

  8. berapa kah jumlah yang patut ada dalam akaun semasa kita hendak memohon visa?

  9. macammana kalau /semua kretaria dah dipenuhi tapi orang yang nak travel tu tak fasih berbahasa inggeris?
    ada kesan tak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: