Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Sejak dari kecil lagi aku diasuh oleh orang tua supaya menjaga pemakanan. Pernah aku bertanya “kalau termakan benda yg haram tetapi kita tak sedar ianya haram macamana?” “Kalau tak sengaja taklah salah…tapi kalau kamu tak jaga pemakanan…tu yg jadi culas nak mengerjakan amal ibadat, sebab hati kamu jadi hitam” itu lah jawapan yang aku terima..allahualam.

Bila aku meningkat remaja, ada satu hari tu adik aku yg dihantar mengaji sekolah pondok mengatakan yang ketam batu boleh dimakan?? aduhhh… aku naik darah sebab dia dah “against” apa yg arwah bapa aku katakan dulu. Mak pun bukan main marah lagi bila adik aku berkata begitu. Adik aku berkata lagi, kalau tak boleh dimakan, sila buktikan melalui hadith nabi atau ayat Al-Quran…cabarnya…aku ambik initiatif rujuk kitab2 peninggalan arwah bapaku (arwah adalah Imam Masjid di tempatku dulu).. masa tu internet tak meluas macam sekarang…so kena cari kena “manual”..beberapa kitab aku rujuk…bila sebut pasal makanan 2 alam ni…hanya mengatakan tak boleh makan..tapi takder dalil yang sahih dari kitab atau hadith menyokong hujah…Aku rujuk beberapa orang alim…jawapan yang sama…yang kata tak boleh makan tak dapat menyertakan ayat atau dalil sahih untuk menyokong hujah…tapi ada ustaz yang kata boleh makan sebab memang takder dalil yang spesifik pasal makanan 2 alam ni. Bila dah meningkat dewasa, berikut konklusi yang aku dapat hasil dari rujukan;

Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]

Hadith di atas menyebut katak tak boleh dimakan. Memang la katak ni haiwan 2 alam, tetapi hadith ni menerangkan specific iaitu katak tak boleh dimakan bukanlah termasuk haiwan 2 alam yang lain (pendapat peribadi – allahuhualam)

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman Allah di bawah, mungkin mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Tetapi berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: