Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Pernah aku mendengar daripada ahli keluargaku mengatakan ketika dia bersama seorang mufti melawat ke luar negara…mufti berkenaan tidak ragu-ragu makan di restoran bukan Islam…asalkan kita tak makan babi…kalau di negara orang boleh makan makanan selainnya..tambahnya lagi..kalau mufti makan dah tentulah ilmunya lagi banyak dari kita.. saya hanya membisu tanpa respon…mengia pun tidak menidakkan pun tidak..

Saya bertanya kepada salah seorang alim yg saya hormati di Kampung Melayu Kepong…kebetulan ketika itu saya hendak ke Geneva Switzerland atas urusan kerja..”Pakcik boleh ke kita makan masakan di restoran bukan Islam?? jawab pakcik itu..” kalau kamu pergi ketempat orang dimana kamu tak jumpa restoran Islam…kamu makanlah di restoran orang yahudi…biasanya diorang sembelih menyebut nama Allah” ermm.. sesuatu pengetahuan yang baru bagi saya. Biasanya saya tak terima bulat2 apa orang kata melainkan saya sahih mengenai sesuatu perkara..maksud saya ada hadith dan ayat al-quran menyokong setiap sesuatu fakta. Saya menyelidik perkara ini..dan ini yang saya dapat;

Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al An’am: 145)

berdasarkan ayat di atas ada benarnya kata saudaraku dan pakcik  tadi sebab 1) Babi amat jelas memang tak boleh makan 2) binatang yg disembelih atas nama Allah (walaupun dia bukan Islam – ahli kitab)

tambahan kepada fakta yang saya sebutkan tadi

Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (QS. Al An’am: 121)

Maksud yang saya faham disini , tidak boleh bagi seorang muslim untuk memakan hasil sembelihan orang musyrik, majusi atau orang yang murtad (non ahli kitab) sebab dah tentulah dia tak menyebut nama Allah. Sedangkan untuk hasil sembelihan ahli kitab (yaitu Yahudi dan Nashrani) itu dibolehkan untuk dimakan selama tidak diketahui jika ia menyebut nama selain Allah. Ada ayat lain yang menyokong lagi fakta ini ;

Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu.” (QS. Al Maidah: 5). Yang dimaksud dengan makanan dalam ayat di sini adalah hasil sembelihan ahli kitab (Yahudi dan Nashrani). Hal ini juga telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Abu Umamah, Mujahid, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, ‘Atho’, Al Hasan, Makhul, Ibrohim An Nakhoi, As Sudi, dan Muqotil bin Hayyan.

Tapi persoalannya bagaimana sekiranya kita makan dirumah sahabat bukan muslim ketika di luar negara? kalau dia makan babi…dah tentu pinggan mangkuk yang digunakan pernah menghidang babi…babi itu najis dan perlu disamakkan….

Sebenarnya kalau kita melihat secara aturan umum, setiap muslim tidak diwajibkan sampai menanyakan sejauh itu, cukuplah sekadar pastikan apa yang dihidangkan, maksud saya jelas yang dihidangkan itu tidak haram (seperti babi) tanpa dibebani dengan kewajiban untuk bertanya terlalu jauh. Perlu kita ingat agama Islam agama yang fleksible…senang dan tidak menyusahkan…Paling tidak sebagian ulama berpandangan demikian, terutama bila dikaitkan dengan masalah hukum. Sebab kita mengenal ungkapan: Nahnu nahkumu bizh-zhawahir wallahu watawallas-sarair. Kita menetapkan hukum berdasarkan apa yang nampak, sedangkan yang tidak nampak menjadi urusan Allah. Sehingga kalau mengikuti kaedah itu, kita tidak dibebani untuk terlalu mendalami asal usul makanan yang dihidangkan.

Namun kita pun mengakui adanya kecenderungan sikap hati-hati dari sebahagian muslim. Yaitu mereka yang berupaya secara maksimal untuk menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah SWT. Kita mestilah yakin tanpa ada rasa ragu-ragu (Syubhah)

  • Syubhah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu شبهة yang bermaksud kesamaran atau ragu-ragu. Dalam konteks makanan pula, ia bermaksud berlaku kesamaran sama ada sesuatu makanan itu halal atau haram.
  • Rasulullah telah bersabda berkenaan perkara syubhah iaitu supaya menjauhkan atau mengelakkan dirinya daripada perkara yang syubhah.

Akhir kata, kesimpulannya dari semua fakta yang saya nyatakan di atas;

1. Hukum makan di Restoran non-muslim. Hukumnya : harus kerana asas pemakanan dalam Islam ialah halal dan bersih. Jika di pastikan halal (disembelih atau pengusaha restoren itu ahlil kitab) dan kebersihan terjamin, maka ia halal di makan (Dalil:” pada hari ini dihalalkan bagi kamu yg tayyibat” (alMaidah: 5)

Panduan: Jika anda musafir ke negara Kristian spt UK atau EC atau USA, hampir setiap bandar besar ada penempatan orang Islam dan ia akan lebih mudah kerana makanan orang Kristian-Yahudi juga boleh dimakan (kecuali khinzir).

2. Hukum makan di premis makanan yg menyediakan khinzir.
Restoran ini hendaklah dijauhi kecuali daruratla dimana nyawa orang Islam terancam kelaparan dan itulah satu-satunya restoran yg ada. Ini bukan masalah samak atau tidak tapi syubhat dari segi penyediaan makanan adalah suatu yg perlu dijauhi mengikut petua Imam Syuyuti,,”jika bercampur yg halal dan haram, maka dimenangkan yg haram.”

Pastikan anda mencari restoran yg tidak menyediakan khinzir terlebih dahulu. Masyarakat Barat amat telus dan mereka akan menceritakan kepada anda jika anda bertanya mengenai makanan yg disediakan di premisnya.

Rujukan:
Fatwa Mufti kerajaan Brunei, Irsyad Hukum 1999
Fiqh alManhaji, Dr alBugho
Halal dan Haram, Dr Qardhawi (Allahu a’alam)

Comments on: "Hukum makanan dalam islam – Part 2" (1)

  1. nasfatee said:

    assalamualaikum, saya selalu juga travel, saya nak bertanya, saya selalu ke convinience store nak beli makanan ringan seperti waffle muffin, sebelum saya membeli saya akan baca semua ingredient dia, bila tiada bahan yg harak saya akan terus membeli nye, adakah perlu saya fikir tentang bekas yg dibuat tu suci ke tak, butter yg digunakan tu halal ke tak? dan lagi satu saya akan makan di kedai non muslim jika dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat itu tiada yang halal restaurant, dan halal restaurant adalah jauh/kene berpatah kembali, di kedai non muslim itu saya ambil seafood or vegetarian food sahaja, adakah itu dibenarkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: