Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Tentang aku Tan Cruse

Aku baru berjinak2 dengan dunia blog…ini blog pertamaku. Baiklah…biar aku perkenalkan diri dahulu…Tan Cruse hanya nama samaran…Tan tu nama arwah bapa..Cruse tu hanya samaran..konon2 ala2 tom cruise gitu hehe.. nickname dalam family biasa diaorng panggil Amm… gadis cantik manis kat gambar di atas tu girlfen tercinta…tapi sekarang ni dah selamat jadi isteri…sahura namanya…biasa kawan2 panggil Sara je..kami baru je kahwin bulan lepas…baru nak merancang pergi honeymoon..semoga Allah kurniakan kami anak yg soleh dan solehah.. tak sabar tunggu rezeki ni…

Alhamdulillah…keluarga sebelah mentua baik sangat…dah lama arwah ayah pergi…syahdu dapat merasa kasih sayang bapa kembali…daddy dan mummy Sara mmg the best…zaman sekarang ni susah nak dapat ikatan keluarga mentua yang macam gini..family diorang ni mmg jenis ‘family oriented’..so mmg sesuai la..sbb aku mmg jenis yg sama..

Blog aku yg akan datang..insyallah….akan berkongsi pengalaman seharian…

Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi faedah.”
– Imam Shafie 

Comments on: "Tentang aku Tan Cruse" (3)

  1. Mohd Affendi Mustapha said:

    Satu pengenalan dalan alam blogging yang sangat baik dari segi pengetahuan am dan juga spesifik saperti kupasan yang agak detail tentang hukum halal dan haram dari segi pemakanan. Saya rasa kupasan ini sudah cukup untuk tatapan bloggers dan mana2 tambahan ilmu untuk memperkukuhkan keyakinan bolih lah melayari alam siber Islam yang cukup luas dan buat lah kesimpulan sendiri.
    Bagi pengetahuan umum, orang yang menceritakan tentang hukum makan dalam perjalanan di perantauan itu adalah saya sendiri. Beberapa tahun lepas saya mengikuti rombongan melawat Negara Morroca dan Spain dan bus kami berhenti di satu kawasa R&R. Saya bertanya kepada ahli rombongan kami yaitu Ustaz Datuk Halim yang juga ahli penasihat Agama Negeri Terangganu dan juga bekas Mufti Negeri Terangganu tentang hukum makan dalam perjalanan di mana susah mendapat makanan orang Islam. Beliau secara ringkas memberitahu saya bahawa makanlah makanan yang tidak di Halal dan jangan lah makan makanan yang di Haramkan olih Allah SWT. Bayangan beliau kepada saya ialah yang jelas dan nyata Haram adalah BABI, tetapi makanan daging yang lain tidak di Haramkan olih Allah SWT, dan ini telah di kupas dengan panjang lebar olih Amm di atas. Janganlah pula kita pandai2 mengHaramkan yang Halal dan begitu juga kita pandai2 mengHalalkan yang Haram.
    Salam.

    • Mohd Affendi Mustapha said:

      Ralat..
      1. Negara Morroco dan BUKAN Morroca.
      2. Beliau secara ringkas memberitahu saya bahawa makan lah makanan yang tidak di haramkan dan BUKAN makanan yang tidak diHalalkan

  2. terima kasih Daddy (Mohd Affendi) …atas sebab cerita itulah Amm menyelidik perkara ini dengan lebih lanjut..dan apa yg Daddy ceritakan itu memang benar…di sokong dari Firman Allah dan hadith Nabi.. Sebelum ini Amm rasa bila melawat negara luar agak sulit dari hal pemakanan…tetapi Islam itu Indah…Allah telah mengaturkan segala2nya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: