Duniaku pilihanku Duniamu Pilihanmu

Saya bukanlah berasal dari Batu Pahat, Johor…buat masa ini kebetulan posting untuk menguruskan operasi jualan syarikat di bahagian selatan (South Region). Saya ni memang pencinta makanan. Mana2 makanan yg sedap sudah pasti saya usahakan untuk mencuba. Baiklah, kalau anda berkunjung di Batu Pahat, jangan terkejut bila terdengar makanan Mee Racun!!  Bukanlah mee ini beracun tetapi namanya saja yang beracun. Mee Racun ni lebih kurang Mee Bandung, cuma ada ‘gearbox’ ataupun tulang lembu di dalamnya. Yang paling sedap adalah di Taman Seri Jaya berdekatan dengan Carrefour. Along nama towkey kedai ni…kalau anda berkunjung sebut je nama dia…silap2 dapat diskaun…dia mengambil alih perniagaan dari bapanya semenjak tahun 1998 lagi. Merekalah Perintis Mee Racun di Batu Pahat…

Asam Pedas…kalau datang kat Batu Pahat tak sah kalau tak pekena Asam Pedas. Memang sedap!Ada 2 kedai paling TOP. Menurut ceritanya, dua kedai ni yang pada zaman dulunya terletak bersebelahan ketika berniaga di jeti. Sekarang ni, Restoran Ali  Asam yang terletak di Taman Bukit Mutiara berhadapan stesen minyak Esso. Tetapi yang paling sedap adalah Restoran Mak Limah yang terletak berdekatan dengan Station Bas Batu Pahat (di lorong bersebelahan KFC) di Jalan Rogayah. Rest Mak Limah masakannya agak konsistent…pedas tetapi tak terlampau pedas…jangan lupa tauhu rojak antara hidangan special disini. Sambal belacannya the best! Rest Ali lebih banyak pilihan makanan sampingan dan set-up restorannya lebih moden. Tetapi masakannya tidak konsistent dan kadang2 pedas melampau. Menurut salah seorang ahli keluarga kedua restoran ini…ALi adalah bapa saudara kepada towkey Mak Limah sekarang ni.

l

Nasi Brayani…antara makanan kegemaran saya. Orang batu Pahat kata Nasi Brayani Mat Syah yang terletak BENTENG berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital) yang paling sedap. Saya telah cuba tetapi pada saya biasa sahaja. Ada satu lagi restoran di Taman SOGA…BP Brayani POwer… yang ini memang sedap…setiap kali saya selesai bertugas memang saya memesan berbungkus2 buat ahli keluarga di KL. harganya mahal berbanding Mat Shah..tetapi memang puas hati. Saya lebih suka nasi brayani biasa berbanding gam….tetapi terpulanglah..selera masing2…Nama towkey kedai ni Mohamad…pengasasnya telah pergi kerahmatullah beberapa tahun lepas..Mohamad ni pewaris (anak saudara)…sebut namanya mintak diskaun tetapi saya tak jaminla hehe

Di masa lain saya akan berkongsi makanan di negeri2 lain pula..insyallah

Comments on: "Tempat Makan Popular di Batu Pahat" (8)

  1. nasi beriani power tuh da xpopular lg dah.. yang skrg popular ialah nasi beriani muhammad shah berada berhampiran benteng.. harap maklum

  2. BP Beriani Power….nasi beriani yang paling best di Batu Pahat…..

  3. pada saya pun nasi beriani power lebih sedap..saya tak brape suka nasi beriani yg byk rempah sgt…tp beriani power just nice…

  4. Asam pedas 2000 paling sedap, bersebelahan klinik gigi dan pos malaysia, pada saya.

  5. Pakar Makan said:

    dah cuba dua-dua…. yg paling best beriani power!

  6. Terbaik asam laksa kak limah .. .power…tapi mee racun macam tak power jea.. tak berapa suka sbb dia guna ..daging kambing dan masih ada bau kambing lagi…….

  7. Kalau nak makan asap pedas depan maybank jalan rahmad sebelah klinik gigi dan kalau nak makan nasi bryani kat mat syah depan hp putra

  8. missrose said:

    Salam ..asam pedas yang paling2 sedap adalah di sg kajang di hujung sekali ikan fresh dari laut oi…yummy!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: